Thursday, 28 March 2013

Monday, 18 March, 2013 - Buat Kad Perniagaan


Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Sini

Subhanallah, bagus betul tips pemakaian tudung mengikut bentuk wajah yang saya dapat dari blog ni (klik sini)

Telitikan apa bentuk wajah kita kerana ia memainkan peranan penting dalam pemilihan bagaimana cara untuk memakai tudung. Apa bentuk muka kawan-kawan? Jom kita baca bersama..






1) Bentuk wajah jenis OVAL

Mereka yang memiliki bentuk jenis ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini. Mereka yang berwajah bujur bebas memilih jenis tudung yang mereka suka.

2) Bentuk wajah jenis ROUND

Bagi mereka yang berwajah round atau tembam dan berisi dibahagian pipi. Harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Tudung yang dipilih mestilah tidak menampakan kita lebih kelihatan tembam. 

Jika memilih untuk memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang sehingga hampir kerahang pipi. Tudung awning jenis pendek sangat tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan lagi pipi yang tembam. 

Selendang, cara pemakaian yang betul adalah dengan tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang rahang pipi supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur. Bahagian atas (dahi) hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan selendang tadi tidak melekap di dahi.

3) Bentuk wajah jenis LONG
Bagi mereka berwajah panjang, jika bijak menyembunyikan kelemahan tersebut orang lain  akan menyangka anda berwajah bujur. Bagaimana? Bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang menjadi lebih bujur. Cara mudah untuk menyembunyikan adalah dengan memakai inner atau tudung jenis melekap dan tutup dahi agar tidak kelihatan terlalu luas. Pastikan kita tidak menutup pipi kerana pipi memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik kebelakang tudung kita rapat betul-betul dibawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi. Percayalah kita pasti berjaya menyembunyikan bentuk sebenar wajah.

4) Bentuk wajah jenis DIAMOND
Mereka yang berwajah diamond biasanya lebih lebar di antara pangkal rahang dan tulang rahang kelihatan lebih menonjol dan bahagian dagu agak rata. Tidak dibenarkan memakai selendang jenis kebelakang, turban kerana tulang rahang anda akan lebih kelihatan. Disarankan untuk memakai tudung jenis selendang kerana selendang mampu menyembunyikan bentuk rahang kita yang tertonjol tersebut.

Apa bentuk muka saya yea?

Selain itu, hari ini saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan kad perniagaan saya sendiri. Ini hasilnya.. jeng jeng jengggg (Ewah)



Muka Depan, dan..



Muka belakang

Ihik, belum siap sebenarnya. Nak tips pemasaran gunakan kad perniagaan? Mengikut Dr. Azizan Osman, maksimakan penggunaan kad. Gunakan kad perniagaan untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan kita atau apakah kepakaran kita supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada kita bila diperlukan nanti.

Tips tambahan: Biasakan memberi 2 - 3 keping kad perniagaan apabila kita memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang kita sengaja beri lebih untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan kita. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain akan menolong mempromosikan perniagaan kita. 

Ok, amalkan yea. Terima kasih.

Wednesday, 27 March 2013

Langkah #1: Tentukan dan Mulakan Langkah

Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Google

Bermula dengan langkah pertama yang akan memulakan perjalanan kita ke arah untuk membuat wang dengan penuh keseronokkan. Hidupkan minat kreatif kita ke dalam dunia perniagaan. Putuskan untuk memulakannya, membuat keputusan adalah langkah yang paling penting untuk kejayaan dan keuntungan dalam perniagaan. Ini bermakna bahawa tiada pilihan lain untuk dipertimbangkan. Percaya pada diri sendiri untuk menjadi seorang usahawan produk kreatif.


Mengambil langkah awal, usaha dan tawakal untuk mengubah kehidupan. Kita sendiri nanti akan mencari jalan sebaik sahaja kita membuat keputusan bahawa ini adalah apa yang kita mahu lakukan. Tidak kira sama ada ia dilakukan secara sepenuh masa atau sambilan, perkara utama adalah mulakan langkah.

Ramai usahawan kreatif memulakannya secara separuh masa, membina langkah dan belajar bagaimana untuk memulakan perniagaan; mana kala yang lain menyelam sepenuhnya secara sepenuh masa, segera. Fikirkan apa yang sesuai dengan gaya hidup kita dan keadaan kewangan kita.

Apakah itu produk kreatif'?

Agak sedikit saya menggunakan ungkapan ‘produk kreatif’. Menurut wikipedia ia merujuk kepada ciptaan atau asal apa-apa benda baru (produk, penyelesaian, karya seni, karya sastera, jenaka, dll) yang mempunyai nilai. Ia juga boleh mereka bentuk pakaian, aksesori, seni, ciptaan, buatan tangan, menghias rumah, barang kemas, hiasan atau apa saja yang boleh menghasilkan kreativiti.




Jadi, hari ini kita buat keputusan dan mulakan langkah. Selamat Maju Jaya :)

Tuesday, 26 March 2013

Kemahiran Tentang Produk


Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Pinterest


Selain daripada pengetahuan tentang pengurusan perniagaan, usahawan produk kreatif juga perlu menguasai berbagai kemahiran untuk memastikan perniagaannya bukan sahaja berdaya maju malah juga mampu saing, terus berkembang dan bertahan lama.


Oleh itu, untuk memastikan perniagaan ini boleh bergerak menuju matlamat agar beroleh kejayaan. Usahawan perlu mengetahui dan mempelajari tentang ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang produk ini. Ia nya penting untuk memberi maklumbalas kepada pelanggan.


Ada pelbagai produk kreatif yang boleh dipasarkan. Antaranya:-



Jar Kaca
Trend bagi majlis perkahwinan hari ini memhadiahkan 'jar kaca mini' ini kepada tetamu mereka sebagai buah tangan. Pada bahagian penutup dilekatkan label nama pasangan pengantin. Di dalamnya pula diisi gula-gula, kek, mashmallow atau apa saja mengikut kreativiti dan keinginan pelanggan.

Tempat yang murah untuk mendapatkan jar kaca ni adalah:-




K.L. Office
No. 52, Jalan Puchong Mesra 1,
Plaza Puchong, Batu 7 1/2 Jalan Puchong,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3 80763311
Fax: +60 3 80763300 


J.B. Office
No. 29, Jalan Seroja 47,
Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Tel: +60 7 3513322
Fax: +60 7 3513321 


Warehouse
No. 8, Jalan BK 1/15,
Kinrara Industrial Park, Bandar Kinrara,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3 80763800
 


Website: Quality Pack











Selain jar kaca, coklat, gula-gula, seni jahitan kreatif, kita ada pelbagai idea untuk menghasilkan produk kreatif. Antaranya t-shirt, mug, pen dan lain-lain. Contohnya, andaikata kita memilih t-shirt sebagai 'niche', kita perlu mempunyai kemahiran terperinci tentang jenis-jenis t-shirt, kualiti kain yang digunakan, kesesuaian jenis t-shirt untuk sebarang ‘event’ atau aktiviti.

Kebiasaannya pelanggan akan untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada kita sebelum mereka membuat sebarang tempahan. Oleh itu, lengkapkan diri kita dengan pengetahuan tentang t-shirt. Bagi memudahkan kita membuat persediaan tentang situasi ini, kita perlu menyediakan soalan lazim (FAQ) untuk rujukan sendiri. Ini adalah antara soalan yang sering ditanyakan oleh pelanggan:-

1.   Semua jenis kain/t-shirt yang ditawarkan.
2.   Jenis t-shirt yang mendapat ‘hot’ di pasaran
3.   Jenis t-shirt murah dan tidak terlalu nipis.
4.   Jenis t-shirt yang betul-betul berkualiti (premium)
5.   Mengapa t-shirt A lebih bagus dari t-shirt B.
6.   Perbandingan antara t-shirt A dan t-shirt B.

Oleh itu, usahawan perlu membuat kajian dan belajar tentang produk yang ingin dibeli dari pemborong sebelum membuat sebarang pembelian, ini juga boleh menjamin kualiti produk seiring dengan harga yang ditawarkan. Selain dari itu usahawan juga perlu peka dengan idea-idea baru, bagaimana untuk menjadikan setiap produk kita 'lain daripada yang lain' supaya ia kelihatan unik dan kreatif. Ini bagi memudahkan usahawan untuk selesa bersaing di dalam bidang ini. 

Ahad, 17 March, 2013


Teks: Ahfarisa Ahmad

Baru sahaja selesai membina kedai baru, kedai buku online seperti yang ditugaskan oleh Kak Mas.


Agak rumit untuk mencipta nama domainnya kerana telah banyak kedai-kedai buku online seperti ini dipasaran kan, tapi saya mengharapkan agar kedai online saya ini akan menjadi pilihan masyarakat kita yang cintakan ilmu.

Pada mulanya saya namakan ia, pesta-buku.. tetapi macam tak kena pulak. Setelah 2 hingga 3 kali edit, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menamakannya kedai-buku-kita.. kerana ini adalah kedai buku kita semua.

Selain dari itu, hari ini saya juga ada menyiapkan rekabentuk flyer juga yang permintaannya juga datang dari makcik saya. Alina Koming, beliau sedang giat mempromosikan produk MLMnya iaitu produk kesihatan Transfer Factor. Ok, ini rupa hadapan:-




Dan ini bahagian belakang:-




Saya ada beberapa tips bagaimana untuk merekabentuk flyer yang boleh menghasilkan jualan yang ingin dikongsikan di sini..

Apabila kita membina flyer, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah:-
  • Melakukan penyelidikan pasaran.
  • Cari masalah utama yang belum diselesaikan.
  • Tulis ‘penyelesaian @ penawar’ yang kita tawarkan.
  • Buat flyer yang melakukan 3 perkara: 
1.   Catches Eye’.
2.   Tarik perhatian mereka dengan ‘catchy’ grafik (imej) dan ayat-ayat jualan yang berkesan.
3.   Semua grafik (imej) yang mengambarkan tentang penyelesaian masalah.
  • Pastikan ayat semua teks menawarkan penyelesaian kepada masalah dan pamerkan keunikan berbanding persaing.
  • Gunakan ayat ‘call-to-action’ – tawarkan sesuatu yang membuat pengguna membeli, tambah faedah bagi pihak pelanggan, letak perbandingan harga selepas diskaun, buat mereka bertindak menghubungi kita.
  • Tunaikan apa yang kita tawarkan.
Ini adalah contoh flyer yang benar-benar berkesan:-


Sunday, 17 March 2013

Mesin Cetak 'Heat Press'


Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Media Cetak

Ianya berbeza sama sekali dengan percetakan jenis ‘silkscreen’, sekali cetak kita boleh dapat warna penuh. Selain daripada harga mesin yang jauh lebih murah dan mudah untuk dikendalikan. Mesin ini menjanjikan kualiti yang sangat memuaskan dalam tempoh masa yang tidak dijangka. Kepakaran khusus tidak diperlukan untuk menghasilkan produk yang memuaskan hati, ianya cukup lengkap dengan bantuan mesin ini sahaja. Mesin ini berupaya mencetak T-shirt dan pelbagai jenis cenderahati seperti mug, topi, beg, jubin seramik dan mousepad. Bermula secara kecil-kecilan, pulangannya adalah sangat lumayan.

Ini adalah mesin ‘heat press’..





Ok, kita cerita tentang kaedah percetakan pula yea. Cerita tentang kaedah percetakan ia memerlukan tiga elemen utama:-



1. Kertas Sublimention


+


2. Ink Sublimation bersama printer, dan




3. Mesin Cetak Serbaguna Heat Press

Sebelum kita pergi lebih jauh, apa itu sublimation paper dan sublimation ink? Sublimation Paper mempunyai permukaan khas yang bertindak sebagai medium yang akan memindahkan imej atau rekabentuk ke produk akhir dengan menggunakan mesin cetak serbaguna heat press. Sublimation Ink pula sangat unik dan berbeza daripada ink biasa. Apabila berada di bawah tekanan dan kepanasan tertentu ia boleh dipindahkan ke produk akhir dengan menghasilkan imej atau rekabentuk yang kekal.

Permulaan, cetak imej atau rekabentuk kita pada kertas sublimation (saiz A4) dengan menggunakan printer yang dilengkapi ink sublimation. Kemudian, imej akan dipindahkan ke produk akhir dengan kaedah pemanasan dan tekanan tertentu oleh mesin cetak serbaguna heat press. Kadar pemindahan imej sehingga 95% dan tahan lama.

Bagaimana mencetak t-shirt? Saya ada dapatkan video dari media.my

Jom saksikan bersama.. tapi sebelum itu, cetak t-shirt berwarna gelap dan terang adalah berbeza cara percetakannya. Ni video untuk percetakan t-shirt berwarna gelap (t-shirt hitam)




1. Imej terus dicetak pada kertas gelap garment.
2. Potong lebihan yang tidak diperlukan.
3. Filem dikeluarkan dan lekatkan kertas pada t-shirt dengan menggunakan mesin cetak.

Ini pula untuk cetakan t-shirt berwarna terang iaitu t-shirt putih.



Ini adalah hasil dari percetakan dari mesin cetak serbaguna heat press..



Sekian.

Salam Sabtu [16 March 2013]


Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Google

Saya bangun jam 9.55 pagi hari ni. Taip jam 10 kan senang. Jangan kata saya malas ok, saya tidur pukul 6.30 pagi. Hihi



Wah, matahari senyum! Erk, ni bunga matahari ke?!??


Hari ini sibuk siapkan proses pembaharuan sijil kementerian kewangan bagi syarikat Ismail Bina Enterprise dan Mutiara Teknik Enterprise. Mereka perlukan sijil ni dalam masa seminggu untuk melibatkan diri dalam projek kerajaan secepat mungkin. Ok, buat laju-laju.

Oh, saya juga ada mengambil upah untuk membuat sijil kementerian kewangan bagi syarikat-syarikat kontraktor yang ingin berdaftar dengan kementerian tersebut.

Apa perlunya sijil ni?

Jom ikuti soalan lazim ni yang sumbernya saya dapat dari sini
Apa itu eperolehan dan bagaimana saya akan menerima faedah dari sistem tersebut?

ePerolehan merupakan satu sistem perolehan elektronik kerajaan yang telah dibangunkan oleh pihak Commercedotcom. Fungsi sistem ini adalah untuk memudahkan aktiviti perolehan kerajaan ePerolehan dijangka akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.

ePerolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-manadesktop menggunakan perisian pelayar web.

Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet. Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan.

Faedah-faedah yang akan dinikmati pembekal:-  

·         Pembekal akan lebih mudah dihubungi oleh pembeli Kerajaan pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.
·         ePerolehan membolehkan peralihan pembekal kepada ePerniagaan, menyediakan ruang kemasukan untuk keupayaan ePerniagaan.
·         Pembekal akan berpeluang untuk mengambil dan menerima konsep ePerniagaan dengan lebih cepat dengan penggunaan ePerolehan.
·         Pengiklanan barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan pantas dan akhirnya mencapai jumlah pembeli yang lebih luas.
·         Menerusi Internet, para pembekal pastinya akan dapat melaksanakan pengiklanan tanpa sempadan pada tahap harga yang paling rendah.
·         Proses-proses menjadi mudah dan kerja manual yang sedikit dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi. Melalui ePerolehan, hampir semua operasi perniagaan akan diautomasikan bukan hanya menjadikan kos operasi paling rendah, tetapi juga pusingan masa yang lebih pantas kepada pembeli.
·         Pembekal akan menerima bayaran yang cepat melalui bayaran secara elektronik/MEPS. Disokong oleh jaringan infrastruktur yang sangat terjamin, para pembekal mampu menerima bayaran barangan dan perkhidmatan dalam jangka masa yang lebih pendek.
·         Memperbaiki perancangan dan ramalan perniagaan sewajarnya dengan proses perolehan yang lebih efisien dan terancang. ePerolehan mengautomasikan proses perniagaan di samping meningkatkan kecekapan kerja, para pembekal juga boleh menjangka proses perolehan dengan lebih tepat. 

2) Perlukah saya memiliki syarikat Sdn Bhd sblm memohon untuk sijil kementerian kewangan

Permohonan sijil kementerian kewangan tidak memerlukan anda untuk memiliki syarikat Sdn Bhd. Syarikat Enterprise juga layak untuk memohon. Perbezaan yang ketara hanyalah kepada saiz tender yang akan diberi kerana syarikat Sdn Bhd lebih menyakinkan pihak kerajaan untuk membuat urusan yang melibatkan jumlah tender yang besar.

3) Berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan sijil bagi setiap permohonan

Masa yang diperlukan untuk memproses satu-satu permohonan bergantung kepada kod bidang yang ingin dipohon. Bagi bidang-bidang pembekalan, biasanya ia mengambil masa 1-2 minggu untuk siap dengan syarat semua dokumen yang diserahkan adalah lengkap. Bagi sesetengah kod bidang seperti bidang bengkel dan pembuat, masa yang diperlukan mungkin agak lama kerana pegawai kementerian kewangan berkemungkinan membuat lawatan ke premis perniagaan untuk membuat penilaian.

4) Apa yang perlu dilakukan apabila permohonan telah diluluskan?

Apabila satu-satu permohonan telah diluluskan, bayaran untuk sijil dan smart card perlu dilakukan. Sijil hanya akan diproses setelah status bayaran telah disempurnakan. Sijil ini kemudiannya akan dihantar terus menggunakan khidmat courier ke alamat premis perniagaan seperti yang dicatat semasa proses key-in data. Smartcard juga akan dihantar menggunakan courier. Tujuan courier digunakan adalah sebagai langkah keselamatan dan juga mengurangkan risiko sijil dan smartcard tidak sampai ke tangan pembekal.

5) Saya memiliki syarikat Enterprise, apakah perkara-perkara asas yang perlu saya sediakan?

Untuk pendaftaran bagi syarikat Enterprise, prosesnya tidak serumit mana. Antara dokumen asas yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

·         Borang daftar syarikat (SSM) 
·         pengesahan tandatangan cek (disahkan oleh pihak bank)
·         Penyata akaun bank selama 3 bulan ( disahkan oleh pihak bank)
·         Salinan-salinan sijil yang berkenaan (jika perlu)
·         Jika ada lagi keperluan tambahan, akan dimaklumkan kemudian selepas proses 'key in' dilakukan.

6) Bagaimana pula dengan syarikat Sdn Bhd? Apa yang perlu saya sediakan?

Untuk kes syarikat Sdn Bhd pula, ada beberapa perbezaan dari segi dokumen yang perlu disediakan, berikut adalah senarai dokumen asas yang perlu disediakan:
·         Mna, daftar syarikat (beserta sijil pengesahan daripada sekretariat syarikat yang tidak melebihi 6 bulan)
·         form 24 dan form 49 (beserta sijil pengesahan daripada sekretariat syarikat yang tidak melebihi 6 bulan)
·         Penyata bank syarikat ( 3 bulan terkini )
·         Borang pindah milik saham (32A) ( jika berkenaan)
·         Dokumen pengesahan penandatangan cek ( seperti yang dilampirkan)
·         Dokumen kwsp pekerja terkini
·         Annual Return (beserta sijil pengesahan daripada sekretariat syarikat yang tidak melebihi 6 bulan)
·         Tenancy Agreement (jika ada)

Percetakan ‘Premium Gifts’


Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Google




Percetakan penting untuk ‘premium gift’ bagi memastikan syarikat kita atau penjenamaan organisasi peribadi pada hadiah itu. Mengapa memberi hadiah premium jika kita tidak memberi penjenamaan ke atasnya? Kita memberi hadiah premium untuk memastikan pelanggan sentiasa ingat akan jenama dan produk syarikat yang kita jual. Ia amat berguna jika jenama kita dicetak pada hadiah tersebut yang barangannya digunakan setiap hari seperti cawan, barangan beg atau desktop - mereka pasti akan melihat logo syarikat kita setiap hari lain. Biasanya, pembekal sehenti ‘premium gift’ akan menyediakan perkhidmatan bekalan dan percetakan kepada kita.

Percetakan ini  mungkin melibatkan beberapa kaedah percetakan yang berbeza. Kaedah yang biasa digunakan adalah percetakan ‘silkscreen’, jenis percetakan ini digunakan untuk permukaan yang rata dan berskala besar. Percetakan ‘premium gifts’ yang melibatkan warna ‘solid’ hanya akan di cetak menggunakan kaedah percetakan jenis ini. Biasanya, harga percetakan ‘silkscreen’ ke atas ‘premium gifts’ akan bergantung kepada bilangan warna yang diperlukan. Percetakan ‘silksreen’ melibatkan ‘template’ atau acuan yang hanya boleh digunakan untuk mencetak warna tunggal, satu acuan mesti disediakan untuk setiap warna. Ianya akan dicetak secara individu. Percetakan ini boleh digunakan untuk barangan hadiah seperti cawan hadiah, botol, payung, alat tulis, pen promosi, dan lain-lain.

Ini adalah contoh 'template' atau acuan:-




Percetakan warna penuh seperti gambar boleh juga dicetak pada ‘premium gifts’. Pelanggan kurang memilih jenis percetakan ini kerana ianya sedikit mahal. Percetakan warna penuh biasanya di cawan, juga  disediakan untuk hadiah-hadiah premium tertentu seperti produk kertas termasuk beg kertas, diari dengan penutup kadbod, calendar dan lain-lain. Bagi produk bukan kertas, proses percetakannya melibatkan pemindahan air atau pemindahan haba. Percetakan jenis ini sangat mahal. Manakala, percetakan produk kertas menggunakan teknologi yang berbeza iaitu cetakan ‘offset’ atau cetakan ‘digital’ dan hanya boleh dicetak di atas produk berasaskan kertas.

Mesin Cetak Offset



Ini adalah antara hasilnya..


Saturday, 16 March 2013

Jumaat Yang Penuh Keberkatan [15 March 2013]


Teks: Ahfarisa Ahmad

Shida Din, mak cik saya hari ni minta untuk saya merekabentuk flyer atau label untuk pembungkusan produknya bagi tujuan pemasaran peniagaannya. Beliau merupakan seorang pembekal produk rumpai laut asli dari Semporna, Sabah.

Pada awalnya agak susah juga bagi saya memikirkan temanya, tapi setelah difikir-fikir saya ambil keputusan untuk menjadikan rumpai laut yang berwarna kebiruan seperti di dasar laut itu sendiri sebagai latar belakang, menerangkan tentang khasiat dan kebaikan rumpai laut itu sendiri juga meletakan gambar testimoni untuk menarik kepercayaan pengguna seperti ini..





Di muka belakang pula saya isikan dengan cara-cara untuk memasak rumpai laut dan resipi. Rupa-rupanya ada banyak resepi yang boleh dihasilkan dari rumpai laut ni. Mari tengok hasilnya..


Nak tengok pembungkusannya? 

Sini..




Selain boleh diedar sebagai flyer, ia juga boleh dijadikan label pada produk. Kreatif bukan? 2 dalam 1!

Apa itu ‘Premium Gifts’?


Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Google





Kawan-kawan tahu tak apa itu ‘Premium Gifts’? Meh baca artikel ni dulu bagi yang tak tahu dan nak tahu.   ‘Premium Gifts’ ni adalah istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan cenderahati atau hadiah korporat. Secara umum, industri ini merujuk kepada hadiah korporat atau industri ‘door gifts’. Pemborong, pembekal, ejen, serta pelanggan memerlukan produk-produk ini. Tepat digambarkan, ‘premium gifts’ perlu merujuk kepada hadiah yang unik dan eksklusif yang secara amnya membawa nilai yang lebih tinggi daripada produk hadiah biasa. Ianya mungkin akan menjadi produk untuk promosi, cenderamata, momentos (penting atau bersejarah) atau ‘giveaways’ (percuma; hadiah; sedekah). ‘Giveaways’ adalah sebagai tkita penghargaan kepada pelanggan, kakitangan atau pihak berkepentingan bagi sesebuah syarikat amnya.




Pembekal ‘premium gifts’ di Malaysia boleh dirujuk kepada beberapa kategori yang berbeza. Terdapat pemborong dan pengilang besar ‘premium gifts’, yang mungkin akan menjadi pengimport atau pengeluar cenderahati. Kemudian ada pembekal yang lebih kecil yang menyediakan perkhidmatan sehenti kepada pelanggan mereka yang merangkumi sumber item hadiah yang sempurna, percetakan hadiah, pembungkusan serta penghantaran produk kepada pelanggan. Para pelanggan boleh jadi berminat atau tidak berminat dengan item premium kerana kadangkala mereka hanya memerlukan hadiah untuk promosi secara tetap.


 

Kebiasaannya syarikat-syarikat pengiklanan atau syarikat-syarikat acara akan menjadi pembekal ‘premium gifts’. Pembekal yang baik mempunyai pengetahuan produk yang luas dan tahu apa yang pelanggan mereka mahukan serta boleh menyediakan perkhidmatan terbaik dengan harga yang sangat berpatutan kepada pelanggan mereka.





Memilih pembekal ‘premium gifts’ adalah sukar. Kita perlu memilih produk premium yang berkualiti. Stokis tertentu mungkin mempunyai banyak pilihan yang berbeza dalam inventori mereka, tetapi beberapa produk mungkin berkualiti rendah. Oleh itu adalah tidak wajar bagi pembekal yang berpengalaman jauh dalam industri ini tidak mementingkan kualiti produk yang dibeli. Sesetengah pembekal yang mementingkan kualiti produk pula mungkin berhadapan dengan masalah jualan yang agak perlahan kerana harga yang sedikit tinggi. Oleh itu, kita benar-benar perlu  mencuba beberapa produk premium daripada beberapa pembekal yang berbeza dan memilih yang kita paling selesa untuk bekerjasama.

Thursday, 14 March 2013

Sedikit perkongsian ringkas tentang saya...


Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Google


Bismillahirrahmanirrahim.

Telah lama saya mengidamkan untuk menulis apa yang ada di fikiran saya. Saya sebenarnya cuba sebelum ini, tetapi ianya seolah-olah tidak berhasil. Walaupun membeli diari bagi tujuan itu. Ironinya adalah kerana saya menganggap menulis apa yang ada di fikiran seseorang adalah satu tugas yang mudah.

Walaubagaimana pun menulis adalah untuk tujuan kemahiran, banyak perkara–perkara besar dilahirkan melalui penulisan dan perkongsian yang berkualiti. Oleh itu semoga ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan untuk kita berkongsi pemikiran seseorang dengan orang lain.

Serba sedikit tentang diri saya. Nama saya Ahfarisa binti Ahmad, dikenali sebagai Risa. Saya dilahirkan pada 6 November 1982 di Kluang, Johor. Anak sulung dari 3 orang adik beradik, mempunyai seorang adik lelaki dan seorang perempuan. Pendidikan tertinggi saya buat masa ini ialah Sijil LCCI dalam bidang Perakaunan dan saya masih mencuba untuk meneruskan pengajian saya. Saya pernah bekerja sebagai kerani di syarikat kontraktor dan kelab golf di sekitar daerah Kluang, Johor.

Saya suka mencuba sesuatu yang baru, pemasaran internet, apa sahaja yang berunsur islamik, produk kreatif, kesihatan dan perubatan juga keibubapaan. Ini adalah antara bahan bacaan yang akan menarik minat saya. Saya juga mahir menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, ia yang membawa saya untuk menceburkan diri ke dalam perniagaan produk kreatif, reka bentuk dan percetakan yang dijalankan secara ‘atas talian’. Saya sukakan sesuatu yang boleh menghasilkan kreativiti.

Menjadi seorang muslimah bertaqwa yang berjaya di dunia dan akhirat adalah impian saya. Sasaran utama dalam masa 5 tahun ni adalah :-

  • Mendapat kebebasan kewangan.
  • Perniagaan secara ‘atas talian’ yang berjaya.
  • Membina sebuah 'keluarga kecil' yang harmoni dan penuh kasih sayang.
  • Membuat ziarah umrah bersama keluarga.
  • Memiliki sebuah taska/tadika islam.
Doa terbaik untuk semua muslim yang Insya Allah bekerja keras di luar sana, semoga kita semua sentiasa berada di dalam pelukan kasih sayang Allah SWT.