Thursday, 28 March 2013

Monday, 18 March, 2013 - Buat Kad Perniagaan


Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Sini

Subhanallah, bagus betul tips pemakaian tudung mengikut bentuk wajah yang saya dapat dari blog ni (klik sini)

Telitikan apa bentuk wajah kita kerana ia memainkan peranan penting dalam pemilihan bagaimana cara untuk memakai tudung. Apa bentuk muka kawan-kawan? Jom kita baca bersama..






1) Bentuk wajah jenis OVAL

Mereka yang memiliki bentuk jenis ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini. Mereka yang berwajah bujur bebas memilih jenis tudung yang mereka suka.

2) Bentuk wajah jenis ROUND

Bagi mereka yang berwajah round atau tembam dan berisi dibahagian pipi. Harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Tudung yang dipilih mestilah tidak menampakan kita lebih kelihatan tembam. 

Jika memilih untuk memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang sehingga hampir kerahang pipi. Tudung awning jenis pendek sangat tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan lagi pipi yang tembam. 

Selendang, cara pemakaian yang betul adalah dengan tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang rahang pipi supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur. Bahagian atas (dahi) hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan selendang tadi tidak melekap di dahi.

3) Bentuk wajah jenis LONG
Bagi mereka berwajah panjang, jika bijak menyembunyikan kelemahan tersebut orang lain  akan menyangka anda berwajah bujur. Bagaimana? Bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang menjadi lebih bujur. Cara mudah untuk menyembunyikan adalah dengan memakai inner atau tudung jenis melekap dan tutup dahi agar tidak kelihatan terlalu luas. Pastikan kita tidak menutup pipi kerana pipi memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik kebelakang tudung kita rapat betul-betul dibawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi. Percayalah kita pasti berjaya menyembunyikan bentuk sebenar wajah.

4) Bentuk wajah jenis DIAMOND
Mereka yang berwajah diamond biasanya lebih lebar di antara pangkal rahang dan tulang rahang kelihatan lebih menonjol dan bahagian dagu agak rata. Tidak dibenarkan memakai selendang jenis kebelakang, turban kerana tulang rahang anda akan lebih kelihatan. Disarankan untuk memakai tudung jenis selendang kerana selendang mampu menyembunyikan bentuk rahang kita yang tertonjol tersebut.

Apa bentuk muka saya yea?

Selain itu, hari ini saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan kad perniagaan saya sendiri. Ini hasilnya.. jeng jeng jengggg (Ewah)



Muka Depan, dan..



Muka belakang

Ihik, belum siap sebenarnya. Nak tips pemasaran gunakan kad perniagaan? Mengikut Dr. Azizan Osman, maksimakan penggunaan kad. Gunakan kad perniagaan untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan kita atau apakah kepakaran kita supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada kita bila diperlukan nanti.

Tips tambahan: Biasakan memberi 2 - 3 keping kad perniagaan apabila kita memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang kita sengaja beri lebih untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan kita. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain akan menolong mempromosikan perniagaan kita. 

Ok, amalkan yea. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment