Thursday, 14 March 2013

Sedikit perkongsian ringkas tentang saya...


Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Google


Bismillahirrahmanirrahim.

Telah lama saya mengidamkan untuk menulis apa yang ada di fikiran saya. Saya sebenarnya cuba sebelum ini, tetapi ianya seolah-olah tidak berhasil. Walaupun membeli diari bagi tujuan itu. Ironinya adalah kerana saya menganggap menulis apa yang ada di fikiran seseorang adalah satu tugas yang mudah.

Walaubagaimana pun menulis adalah untuk tujuan kemahiran, banyak perkara–perkara besar dilahirkan melalui penulisan dan perkongsian yang berkualiti. Oleh itu semoga ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan untuk kita berkongsi pemikiran seseorang dengan orang lain.

Serba sedikit tentang diri saya. Nama saya Ahfarisa binti Ahmad, dikenali sebagai Risa. Saya dilahirkan pada 6 November 1982 di Kluang, Johor. Anak sulung dari 3 orang adik beradik, mempunyai seorang adik lelaki dan seorang perempuan. Pendidikan tertinggi saya buat masa ini ialah Sijil LCCI dalam bidang Perakaunan dan saya masih mencuba untuk meneruskan pengajian saya. Saya pernah bekerja sebagai kerani di syarikat kontraktor dan kelab golf di sekitar daerah Kluang, Johor.

Saya suka mencuba sesuatu yang baru, pemasaran internet, apa sahaja yang berunsur islamik, produk kreatif, kesihatan dan perubatan juga keibubapaan. Ini adalah antara bahan bacaan yang akan menarik minat saya. Saya juga mahir menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, ia yang membawa saya untuk menceburkan diri ke dalam perniagaan produk kreatif, reka bentuk dan percetakan yang dijalankan secara ‘atas talian’. Saya sukakan sesuatu yang boleh menghasilkan kreativiti.

Menjadi seorang muslimah bertaqwa yang berjaya di dunia dan akhirat adalah impian saya. Sasaran utama dalam masa 5 tahun ni adalah :-

  • Mendapat kebebasan kewangan.
  • Perniagaan secara ‘atas talian’ yang berjaya.
  • Membina sebuah 'keluarga kecil' yang harmoni dan penuh kasih sayang.
  • Membuat ziarah umrah bersama keluarga.
  • Memiliki sebuah taska/tadika islam.
Doa terbaik untuk semua muslim yang Insya Allah bekerja keras di luar sana, semoga kita semua sentiasa berada di dalam pelukan kasih sayang Allah SWT.

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak, entri akak ringkas tapi padat dengan ilmu, saya suka baca entri akak.. :)

    ReplyDelete