Tuesday, 2 April 2013

Keterujaan Saya Dalam Bidang Ini.

Teks: Ahfarisa Binti Ahmad
Foto: Decor8 & Koleksi Saya


Saya suka warna putih, pastelcoklat, beige, kuning, perak, emas dan hijau, ia membuat hidup saya berwarna-warni. Hidangan yang berwarna-warni pun menarik kan? tapi ingat ia kurang  elok untuk kesihatan jika berlebihan terutama pada perwarna tiruan



Saya telah membaca sebuah e-buku 'Panduan Bisnes Percetakan' beberapa tahun yang lalu, ia adalah berkenaan bagaimana untuk kita memulakan bisnes dalam bidang percetakan. Menurut buku itu juga kita perlukan kemahiran dalam dunia grafik yang tidak saya miliki waktu itu. (Jika tiada kita boleh mengubah seorang pakar untuk lakukan kerja untuk kita). Oleh itu, saya ambil keputusan untuk belajar melalui video secara atas talian sendiri. Hanya sekali sekala saya minta bantuan dari seorang rakan yang juga seorang pakar rekaan grafik. Mula dari situ keterujaan saya dalam bidang ini membuak-buak, saya sangat sukakannya. 

Bee Media Studio, nama yang didaftarkan sebagai kedai saya. Bagaimana saya memilih nama kedai? awalnya saya letakkan Cetak Creative Studio tapi untuk pengetahuan semua ia tidak boleh dan tidak dibenarkan sama sekali mencampur adukkan bahasa. Cetak Creative adalah gabungan dua bahasa iaitu melayu dan english. Lagi pun carca merba ni tak bagus kan? Akhirnya saya memilih 'bee' atau lebah yang banyak membawa kebaikan selain dari menghasilkan madu yang bermanfaat untuk kita semua. Hehe



Menghasilkan kreativiti memberi kesan santai, melihat warna dan corak untuk kegunaan objek sambil mendengar muzik instrumen membuatkan saya tidak sedar bila masa berlalu. Saya juga suka berkongsi idea dengan adik-beradik dan kawan-kawan, mendengar apa yang mereka suka atau tidak suka. Saya percaya ia memberi kesan istimewa dalam satu-satu hubungan apabila kita saling berkongsi. 

Dari sudut negatif, saya benar-benar mendapati saya sangat sukar untuk mempromosi diri. Saya seorang yang biasa dan biasanya tidak suka untuk memanggil perhatian kepada diri saya sendiri. Saya tahu jika saya ingin berjaya, saya perlu mendapatkan perhatian yang lebih banyak. Saya perlu mampu untuk menyatakan 'Hai semua orang, mari lihat laman web saya' tapi ia begitu luar biasa bagi saya. Oleh itu saya sedang mendapatkan bantuan dari pemasaran dan sekarang saya sedang mengikuti kelas asas blogging dari Kak Mas (Kemudian saya akan dapatkan link untuk kita kongsi di sini yea).

Baru selesai baca tentang '5 latihan kreatif untuk mencari minat kita' dari Lisa Girard. Mari kita kongsikan di kategori Tip Bisnes Produk Kreatif. Jommm..

Ops sebelum tue mari kita bermain dengan warna.. 











Teruja bukan? hehe

No comments:

Post a Comment