Monday, 29 April 2013

Langkah #10: Seni Jualan.


Teks: Ahfarisa Ahmad
Image: Pinterest


Sebagai pemilik, pencipta produk, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat produk kreatif, kita memahami produk kita lebih baik daripada orang lain. Hidupkan semangat untuk meningkatkan keuntungan dengan mempelajari Seni Jualan.

Tanpa kita sedari, kita telah memulakan proses menjual pada keseluruhan kehidupan kita. Dari masa kita masih bayi dan mahu kasih sayang, perhatian dan makanan, kita telah berjaya untuk menjelaskan tentang kehendak kita dan mendapatkan apa yang kita mahu. Berapa kali kita meyakinkan ibu bapa kita untuk membolehkan kita melakukan sesuatu? Atau bercakap kepada pasangan kita untuk melakukan sesuatu dengan cara kita? Ini adalah Seni Jualan.

Kebanyakan yang berlaku kepada usahawan baru produk kreatif adalah mereka mempunyai kecenderungan ke arah tidak tahu cara menjual. Mereka sangat faham dan tahu produk mereka dengan sangat baik tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan kepada pembeli yang berpotensi.














Mereka tidak menguasai asas-asas jualan: 
  • Memulakan perbualan.
  • Ciri-ciri dan faedah - yang mana satu boleh menjual produk mereka dengan lebih baik.
  • Bagaimana untuk bertanya soalan yang tepat.
  • Bila masa yang sesuai untuk memberi soalan.
  • Mendengar jawapan.
  • Pra-kelayakan pembeli berpotensi
  • Bagaimana untuk menunjukkan produk
  • Bila untuk berhenti bercakap.
  • Bagaimana dan bila untuk membuat jualan.
  • ‘Closing the deal’ - untuk mendapatkan tempahan yang sudah ditandatangani! 

Ia perlukan latihan, tetapi sesiapa sahaja boleh belajar bagaimana untuk menjual dan apabila ia produk kita sendiri, pasti ​​kita tahu tentangnya dengan lebih baik berbanding orang lain. Ini hanya satu perkara yang kita perlu belajar dan mengamalkannya.

Tiada ruang untuk berasa malu, ini adalah perniagaan kita - ini adalah hati dan jiwa kita, minat kita. Ini adalah masa untuk melangkah dan menjual diri serta produk kita. Bila kita berada di hadapan pasaran sasaran, kita akan dapat membuat jualan secara semula jadi apabila kita tahu dan memahami Seni Jualan.

Mari kita bercakap tentang tempat-tempat jualan. Apa tempat-tempat jualan yang ideal? Di mana kita akan menjual produk kita?

Tempat-tempat yang baik untuk menjual:- 
  • Pertunjukan Perdagangan: Menjual terus ke kedai-kedai borong (perdagangan). Bayangkan semua orang di bawah satu bumbung. 
  • Wakil Jualan: Daparkan satu atau lebih wakil jualan bebas untuk menjual borong kepada kedai, mereka bekerja atas dasar komisen. 
  • Pengedar: Sebuah firma bebas yang membeli inventori dari kita, kemudian mengedarkan dan mengendalikan semua butiran (ini adalah definisi yang sangat mudah) Tetapi cara yang baik untuk produk tertentu. 
  • Kedai offline: Dapatkan pasukan jualan sendiri. 
  • Jualan secara online: Melalui laman web dan shopping cart. 
  • Jualan borong secara online: Menggunakan laman web dan shopping cart. Apabila kita menjual borong, lindungi laman web dengan kata laluan untuk pembelian semula. Ini memudahkan pembeli. 
  • Jualan Internet: Etsy, eBay dan lain-lain laman web yang serupa [Awas - ini bukanlah pengganti untuk laman web kita sendiri!]


Langkah-langkah tindakan yang perlu diambil sekarang:- 
  • Senaraikan semua ciri-ciri dan faedah produk: Terangkan tentang ciri-ciri produk dan kebaikannya. 
  • Senarai soalan-soalan yang mungkin pembeli akan tanya dan senarai jawapannya.

No comments:

Post a Comment