Monday, 8 April 2013

Langkah #2: Produk


Teks: Ahfarisa Ahmad
Foto: Pinterest

Langkah ke-2 adalah ‘Produk’. Kita memerlukan produk yang baik atau sekurang-kurangnya satu idea yang baik. Jika kita menjual produk kreatif kepada orang awam (sama ada runcit atau borong), ia perlu baik buatan dan kualitinya. Ia juga perlu menjadi sesuatu yang membuatkan pelanggan jatuh cinta. Orang kreatif biasanya mempunyai terlalu banyak idea dan perlu untuk mengawal diri mereka untuk kekal fokus, ia boleh menjadi sukar untuk fokus bagi menyiapkan satu projek atau idea sebelum melancarkannya. Ini adalah kerana bakat kreativiti - yang boleh menjadi mimpi ngeri jika kita sedang di dalam proses mengeluarkan produk dan otak kita mula mengalih ke produk lain.

Apa yang terbaik adalah bermula dengan satu konsep dan idea pada satu masa, sebelum kita memulakan untuk menghasilkan produk seterusnya. Tulis idea lain di dalam buku nota supaya kita boleh kembali melaksanakannya kemudian. Tanya diri kita, "Apa yang membuatkan produk saya berbeza daripada mana-mana produk lain yang seumpamanya di pasaran?" Mungkin ia lebih baik buatannya, bahan-bahan yang lebih berkualiti, unik dalam reka bentuk, harga yang lebih baik (tidak semestinya harga yang lebih rendah) ia merupakan satu konsep baru. Kemudian uji tanggapan kita pada beberapa orang yang pendapatnya kita percayai dan lebih berpengetahuan dari sudut industri.

Dapatkan buku nota dan mula menulis...
  1. Buat satu senarai ciri-ciri unik produk kita.
  2. Jika produk kita boleh digunakan, gunakan untuk melihat tindak balas.
  3. Semak persaingan kita dan tulis perbezaan antara produk kita dengan produk mereka. Jujur ​​dengan diri sendiri!

Pinterest Image

Pinterest Image

Pinterest Image

Art & Creativity Image

Pinterest Image

Pinterest Image

Pinterest Image


No comments:

Post a Comment