Thursday, 11 April 2013

Langkah #4: Daftar Perniagaan


Teks: Ahfarisa Ahmad

Daftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sama ada hadir ke pejabat SSM atau daftarkan sendiri secara atas talian.

Ada dua (2) bentuk perniagaan: 
  1. Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik.
  2. Perniagaan Perkongsian - Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi

Bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan tunggal & perkongsian?

1. Pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab hendaklah mendaftarkan perniagaan (pemilik tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

2. Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana kaunter SSM  atau melalui perkhidmatan e-Lodgement.

3. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A)





Prosedur Pendaftaran

1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.

a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy.
b) Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul
Enterprise.

2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut :

a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

3. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.

4. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my.

5. Dokumen yang perlu dilampirkan:

a) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi;
b) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska
(Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej
Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan);
c)Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya
diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.

Syarat

1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
3. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
4. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Bayaran Pendaftaran

1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00
2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00
3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

Panduan Am

1. Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

2. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat.

3. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

4. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM. Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred.

(i) Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
(ii) Nama Tred – Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42).

4. Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran perniagaan 1957.

5. Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun  dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

Siapa yang boleh menghantar permohonan?
Pemilik Perniagaan/Salah seorang rakan kongsi

Bila Sijil Pendaftaran Perniagaan diperolehi?
1 jam dari masa bayaran

*Sekiranya kita ingin mengambil tempahan dari kerajaan. Syarikat kita perlulah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan jumlah kos RM450 untuk 10 tajuk bidang (butiran perniagaan) di laman http://www.eperolehan.com.my.

No comments:

Post a Comment