Wednesday, 17 April 2013

Langkah #7: Buat Jenama Untuk Perniagaan Kita


Teks: Ahfarisa Ahmad

Penjenamaan produk bukan logo atau nama - ia adalah intipati syarikat itu sendiri seperti yang dilihat oleh pengguna. Jenama kita adalah imej yang kita janjikan kepada pelanggan kita. Mari kita mewujudkan satu jenama untuk perniagaan kita.





Langkah #7: Buat Jenama Untuk Perniagaan Kita

Penjenamaan: Siapa kita?

"Jenama adalah satu himpunan persepsi dalam minda pengguna". - Colin Bates

Oprah adalah satu jenama
Madonna adalah satu jenama
Tiger Woods adalah satu jenama
Nike adalah satu jenama

Martha Stewart adalah satu jenama – majalah, laman web, produk – Beliau tidak bermula dengan segala-galanya. Beliau bermula dengan membangunkan konsep.

Penjenamaan produk kita bukan daripada logo atau nama syarikat kita - ia adalah intipati syarikat seperti yang dilihat oleh pengguna.  Jenama kita adalah imej yang kita janjikan kepada pelanggan kita. Setiap kali mereka fikirkan atau menyentuh produk kita, mereka perlu merasai atau mengalami janji yang kita berikan kepada jenama kita.

Penjenamaan sering dianggap kecil permulaannya kerana sebagai pereka dan usahawan kita begitu bimbang tentang bagaimana produk kita keluar ke pasaran.  Kemudian baru kita mula berfikir tentang jenama, pemasaran dan bahagian jualan. Berikut adalah soalan-soalan untuk ditangangi sekarang :- 

(Ambil nota dan mula menjawap!) 
***beberapa soalan telah dibincangkan sebelum ini, tetapi sekarang kita perlu melihat dengan gambaran yang lebih jelas.

Penjenamaan Langkah Tindakan #1 
  • Apakah visi kita untuk syarikat kita?
  • Apakah matlamat syarikat?
  • Apakah sasaran jualan unik kita?
  • Siapa sasaran pasaran kita?
  • Apakah model perniagaan kita?
  • Mengenal pasti pesaing kita dalam pasaran sasaran kita.
  • Membuat pernyataan tentang misi kita.
  • Apakah janji kita kepada pelanggan kita? 


Pengiktirafan jenama benar-benar bermakna mereka melihat kita dan dapat mengenal pasti kita dengan segera. Sila lihat di kedai-kedai seperti Anthropologie. Kedai mereka, laman web mereka, katalog mereka, surat berita, e-mel mereka SEMUA mencerminkan siapa mereka dan ini pengalaman yang mungkin kita dapat daripada mereka.

Cuba lihat spool72 pula, gerai mereka kelihatan sama seperti melayari ke dalam laman web mereka. Mereka telah diiklankan secara meluas di Facebook dan tiga pemiliknya kelihatan seperti yang diinginkan. Mereka telah menjenamakan diri mereka dengan baik - bukan sahaja dengan logo tetapi dalam segala apa yang mereka lakukan.

Jika kita ingin mewujudkan satu jenama dan pengiktirafan jenama di sini ada senarai tindakan-tindakan yang perlu kita ambil:- 
  1. Memilih warna untuk perniagaan kita.
  2. Membuat keputusan mengenai rupa dan rasa bagi syarikat kita - dan menggunakannya dalam reka bentuk logo kita. Dan jika kita hanya menggunakan font untuk logo, pilih salah satu font yang mewakili, menarik dan mencerminkan siapa kita.
  3. 'Matchy’ – Laman web kita, iklan banner, pembungkusan, katalog, letterhead, tag gantung, label, kad perniagaan, facebook, halaman twitter - SEGALANYA keperluan mesti dipadankan - kelihatan seperti mereka semua tergolong bersama.
Sekian untuk hari ini, ikuti langkah seterusnya... 

Assalamualaikum w.b.t :)

No comments:

Post a Comment