Saturday, 8 June 2013

Tingkatkan Pemasaran Produk Kreatif Dengan Ekonomi Hari Ini

Teks: Ahfarisa Ahmad
Image: Google

Setiap hari kita mendengar kesuraman di dalam berita tentang ekonomi, tetapi adakah kita tahu tentang banyaknya perniagaan yang berkembang dan terus berkembang? Ini adalah orang-orang yang kita tidak dengar dan mereka tidak mahu kita tahu mengenainya. Dengan perniagaan produk kreatif, perkara terpenting yang kita boleh lakukan sekarang untuk meningkatkan jualan dan mengembangkan perniagaan adalah dengan mengemaskini PEMASARAN dan terus menjaga PEMASARAN!


Walaupun perniagaan lain menghentikan pemasaran dan pengiklanan mereka disebabkan ekonomi. Ini adalah kerana mereka mahu berjimat, kita jangan terdorong untuk berbuat demikian. Ia adalah cara yang paling cepat untuk menghentikan jualan. Pelanggan semasa kita dan pelanggan yang berpotensi perlu tahu kita sentiasa ada dan bersedia, sanggup dan mampu untuk menjalankan perniagaan. Jika kita tidak beritahu, mereka akan lupa kita wujud.

Sekarang adalah masa yang tepat untuk meningkatkan perniagaan dengan pemasaran kreatif, menjaga syarikat dan membuat produk dikenali. Apa sahaja yang kita lakukan ‘Jangan bosan dengan pemasaran!’. Pinjam konsep dari industri lain dan bersedia untuk mencuba!. Berikut adalah cara untuk meningkatkan pemasaran produk kreatif denga keadaan ekonomi hari ini.
  1. Buat atau kemaskini ucapan di facebook supaya membolehkan orang ramai tahu apa yang kita lakukan dengan cepat. Ini merupakan cara yang cepat dan ringkas supaya mereka akan tertanya-tanya tentang persembahan yang unik kita dan bagaimana kita boleh membantu mereka. Ingat ia bukan tentang kita, ia adalah tentang pelanggan berpotensi.
  2. Hantar ‘online newsletter’ kepada senarai pelanggan secara tetap. Kita boleh hantar kepada pelanggan runcit dan pelanggan borong. Ini adalah cara yang terbaik untuk menjaga nama kita di luar sana dan pastikan pelanggan ingat kita masih berada di dalam perniagaan.
  3. Tunjukkan penghargaan kita kepada pelanggan dan tarik perhatian mereka. Ingatlah bahawa pelanggan masa lalu kita yang tahu, suka dan amanah lebih cenderung untuk membeli daripada kita lagi, jika mereka berpuas hati pada kali pertama. Hantar mereka kad ucapan terima kasih dengan mesej peribadi berterima kasih kepada mereka untuk perniagaan mereka yang lalu. Biarkan mereka tahu yang kita sangat menghargai mereka atau hantar mereka kupon hadiah percuma jika mereka membuat pembelian baru dengan nilai tertentu. Cuba gunakan kad dengan cara yang mudah dan murah untuk menyelaraskan proses. Ia merupakan satu kad sebenar dihantar melalui pos dan boleh disesuaikan hanya untuk mereka.
  4. Jadikan ia mudah bagi pengguna untuk membeli. Adakah laman web kita mudah untuk pelanggan membuat pesanan? ‘Shopping cart’ yang baik adalah penting untuk membeli dalam talian. Sistem ‘shopping cart’ tidak dicipta sama.
  5. Pastikan laman web kita adalah mudah untuk dikendalikan. Berapa banyak laman web yang sukar untuk dikendalikan dan juga untuk difahami di mana dan produk apa. Ingat ia bukan tentang kita atau syarikat kita, ia adalah mengenai menyelesaikan masalah pelanggan kita. Mereka sedang mencari sesuatu dan mereka mahu dapat mencari dengan cepat dan mudah.
  6. Wujudkan satu kawasan di laman web hanya untuk pembeli borong. Ini boleh diwujudkan sebagai laman yang dilindungi oleh kata laluan atau kita boleh membuat halaman sistem affiliate hanya untuk pemborong. Ini membuat ia mudah bagi mereka untuk mendapatkan semua maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan mudah.
  7. Sentiasa kemaskini laman web dengan kandungan baru, ini membuat ia segar dan menarik supaya pelanggan ada sebab untuk melawat kerap. Menggunakan kualiti gambar yang baik dengan penerangan yang besar dan juga menambah video yang menunjukkan barang-barang kita. Mendidik pelanggan tentang ciri-ciri dan manfaat produk kita.
  8. Gunakan media sosial, Twitter dan Facebook untuk pasaran. Sebaik sahaja kita belajar bagaimana untuk menggunakan media sosial dengan berkesan, kita akan memahami mengapa ia menjadi begitu penting.
  9. Sewa wakil jualan profesional untuk menjual produk kita ke kedai-kedai borong.
  10. Mulakan program affiliate supaya orang lain boleh menjual produk kita secara runcit dan membuat jualan yang ditugaskan.
  11. Hubungi stesen TV tempatan dan surat khabar. Media sentiasa mencari cerita, jadi mengapa tidak kita? Hanya pastikan kita mempunyai sudut untuk menghubungkan perniagaan kita kepada apa yang relevan sekarang.

No comments:

Post a Comment